Tajuk: Peranan dan sumbangan Masjid Ar Rahimah terhadap penduduk Taman Greenwood.
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU101
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU101
DISEDIAKAN OLEH:
Raja Akmal Faiz Bin Raja Abd Majid
No Matrik : 2011661478
Raja Akmal Faiz Bin Raja Abd Majid
No Matrik : 2011661478
Kumpulan: BMD1Ah
PROGRAM:
Diploma Analisis Pelaburan
Diploma Analisis Pelaburan
TARIKH HANTAR:
1.8.2011
Tajuk: Peranan dan sumbangan Masjid Ar Rahimah terhadap penduduk Taman Greenwood.
Isi Kandungan:
1. Isi kandungan
2. Abstrak
2. Pendahuluan
3. Pengertian Masjid
4. Ahli Jawatankuasa
5. Program yang diadakan
6. Sumbangan untuk masyarakat
7. Masalah dan penyelesaian
8. Cadangan
9. Penutup
10. Bibliografi
2. Abstrak
2. Pendahuluan
3. Pengertian Masjid
4. Ahli Jawatankuasa
5. Program yang diadakan
6. Sumbangan untuk masyarakat
7. Masalah dan penyelesaian
8. Cadangan
9. Penutup
10. Bibliografi
ABSTRAK
Pengertian masjid secara ringkasnya ialah rumah Allah s.w.t. Masjid adalah tempat suci bagi umat islam dan umat islam wajib mempertahankan atau memelihara sesebuah masjid itu. Selain menjadi tempat umat islam menunaikan perkara-perkara yang wajib dan sunat, masjid juga menjadi pusat pengajian ilmu, pusat kebudayaan, muamalat, perkembangan dakwah Islam, pertemuan dan perbincangan lelaki dan wanita mengenai isu semasa mengenai islam dan kehidupan.
Pengertian masjid secara ringkasnya ialah rumah Allah s.w.t. Masjid adalah tempat suci bagi umat islam dan umat islam wajib mempertahankan atau memelihara sesebuah masjid itu. Selain menjadi tempat umat islam menunaikan perkara-perkara yang wajib dan sunat, masjid juga menjadi pusat pengajian ilmu, pusat kebudayaan, muamalat, perkembangan dakwah Islam, pertemuan dan perbincangan lelaki dan wanita mengenai isu semasa mengenai islam dan kehidupan.
Pengertian Masjid Dari Sudut Bahasa.
Masjid (مسجد) adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus bagi umat islam, seperti solat wajib lima waktu dan iktikaf dan solat-solat sunat yang lain. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.
Seperti contoh sabda Nabi Shallallahu ‘ alaihi wasalam yang berbunyi:
جُعِلَت لِي الأَرضُ مَسجِدًا
(رواه البخاري)
Maksudnya: “ Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid ( tempat bersujud )”
(Hadis riwayat Bukhari)
Pengertian Masjid Dari Segi Istilah.
Manakala dari sudut istilah atau ‘urf ialah : “ Tempat yang disediakan khas selama-lamanya untuk bersembahyang .” (Mu’jam Lughat Al-Fuqaha’ : 428 dan I’lam As-Sajid bin Ahkam Al-Masajid: 26-27)
Dalil-dalil tentang masjid daripada Al-Quran.
Firman Allah,
Ertinya, sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa semenjak mula-mula dibina adalah lebih patut engkau mendirikan sembahyang di dalamnya. Di dalam masjid itu terdapat beberapa orang lelaki yang suka supaya dirinya bersih, sedang Allah kasih kepada orang yang bersih.
Firmannya lagi,
Ertinya, manakah yang lebih baik, orang yang mendasarkan pembinaan masjidnya atas takwa kepada Allah dan keredhaannya, atau orang yang mendasarkan pembinaan masjidnya di atas tepi jurang yang runtuh sehingga ia jatuh bersama-samanya dalam neraka jahanam ? sedang Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang aniaya.
Firman ALLAH
“Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang kafir” (Al Baqarah 2: 191).
Dalil daripada AL-Hadith
Memandangkan kepada pentingnya pembinaan masjid dalam perkembangan agama Islam Rasulullah telah menggalakkan umatnya supaya mendirikan masjid di mana sahaja mereka berkampung, sebagaimana yang diterangkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aishah Radiallahu Anha, katanya ;
Etinya ;Rasulullah s.a.w. telah menyuruh umatnya mendirikan masjid di tempat-tempat perkampungan dan hendaklah sentiasa dibersihkan dan diharumkan
( Ahmad dan Abu daud dan Al-Tarmizi )
Dalam hadis yang lain pula Rasulullah telah menerangkan kelebihan orang yang mendirikan masjid atau balasan yang akan didapati oleh orang-orang yang mendermakan hartanya untuk mendirikan masjid seperti tersebut di dalam sebuah hadis :
Dari Usman Radiallahu Anhu katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda
Ertinya: "barangsiapa membina sebuah masjid semata-mata ikhlas kerana Allah Taala nescaya Allah taala akan membinakan untuknya sebuah rumah di syurga."
Masjid Ar Rahimah ini telah mula digunakan pada 12 Julai 1989.
Pendahuluan ..
Bismillahirrahmanirrahim dengan nama ALLAH yang yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah Bersyukur kepada Allah kerana telah memanjangkan umur saya untuk menyiapkan esei ini dan mempermudahkan saya untuk membuat esei ini tanpa banyak halangan. Sesungguhnya Allah mempunyai kuasa untuk mempermudahkan perjalanan hidup seseorang hamba itu atau menguji seseorang hamba itu mengikut kehendaknya. Justeru itu kita sebagai hambaNYA hendaklah tunduk kepadaNYA ketika kita senang ataupun susah. Tujuan esei ini ditulis adalah untuk mengenal pasti tentang peranan dan sumbangan Masjid Ar Rahimah terhadap penduduk Taman Greenwood. Bidang yang akan saya tulis ialah peranan yang dilakukan masjid di sesuatu kawasan itu. Harapan saya ialah Ustaz Abd Aziz bin Harjin akan memberikan markah yang tinggi selepas membaca blog saya ini.
Penerangan.
Sejarah tentang masjid Ar-Rahimah.
Masjid Ar-Rahimah terletak di Jalan 14, Taman Greenwood berdekatan Lebuh Raya Karak & DUKE (Duta Ulu Klang Expressway).
AJK dan Pegawai Masjid Ar-Rahimah.
Sejarah tentang masjid Ar-Rahimah.
Masjid Ar-Rahimah terletak di Jalan 14, Taman Greenwood berdekatan Lebuh Raya Karak & DUKE (Duta Ulu Klang Expressway).
Masjid ini ditadbirkan oleh satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tuan Nazir, Timbalan Nazir, Setiausaha, Bendahari serta AJK yang dilantik oleh pihak JAIS dan mempunyai pegawai/kakitangan masjid yang terdiri dari 3 Imam, 3 Bilal dan 3 orang siak yang bertugas mengikut giliran sebaagimana yang disediakan dalam Jadual bertugas harian mereka yang juga dilantik oleh pihak JAIS.
Sebelum terbinanya Masjid yang ada sekarang, penduduk di Taman Greenwood dan sekitarnya bersolat Jumaat di Masjid Simpang Tiga. Pada awal tahun 70 an, sebuah surau bangunan kayu teleh dibina di tapak sekolah KAFA sekarang untuk solat jemaah dan telah digunakan untuk sekolah KAFA apabila Masjid baru didirikan. Akhirnya bangunan lama ini di robohkan untuk pembinaan Sekolah Rendah Agama (I) Ar Rahimah, yang ada sekarang.
Batu asas Masjid telah diletakkan pada 24 Mei 1987 bersamaan 27 Ramadhan 1407. Pembinaan Masjid Ar-Rahimah telah dimulakan pada 6 Julai 1987. DYMM Sultan Selangor Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah sudi merasmikan Masjid ini pada, 2 Jun 1989 bersamaan 8 Zulhijjah 1411.
Masjid Ar Rahimah ini telah mula digunakan pada 12 Julai 1989.
Haji Abd Rahman Bin Satam ……….
Timbalan Nazir
Ustaz Haji Abd Manaf Bin Jusoh….
Setiausaha
Haji Rahmat Bin Haji Misran ………..
Pen. Setiausaha
Rohan Bin Hj Ramli………………………
Bendahari
Haji Nik Azmi Bin Haji Yaacob……..
J/K Ketua Biro Logistik
Haji Abdul Latib Bin Haji Abdul Aziz .
J/K Ketua Biro Penyelenggaraan Masjid
Haji Ahmad Bin Abu …………………….
J/K Ketua Biro Keselamatan
Haji Zulkafli Bin Zakaria………………….
J/K Tugas Kewangan Masjid/Khairat Kematian/KAFA
Haji Ahmad Bin Mohamed …………….
J/K Ketua Biro Dakwah
Haji Azali Bin Setapa …………………….
J/K Pen. Biro Dakwah)
Rejab Bin Man……………………………….
J/K Pemuda
Ahmad Junaidi Bin Tajudin ………………
J/K Wanita
Hajah Zainab Binti Ahmad………………..
J/K(Ketua Biro Ekonomi dan Kebajikan..Ustaz Abdul Raman bin Ibrahim….
Jawatankuasa Hj. Omar bin Hj Mohd……………………………………………
Setiausah Kerja Hj. Ibrahim Kamal bin Hj Mohd Yusi…………………………
Pegawai dan Kakitangan Masjid.
1. Imam 1 Ustaz Ramli bin Mohd Nor………………
2. Imam 2 Ustaz Haji Zainal Abidin bin Tazali……
3. Imam 3 Ustaz Shabudin bin Mat Ali……………..
4. Bilal 1 Ustaz Md Salleh bin Abu Bakar…………..
5. Bilal 2 En Sabry bin Othman………………………..
6. Bilal 3 En Sabarudin bin Sabri……………………..
7. Siak 1 Hj. Wan Manas bin Wan Hamid……………
8. Siak 2 Hj. Abdul Rahman bin Ibrahim……………
Aktiviti Masjid Ar-Rahimah
Pihak Jawatankuasa masjid mengadakan mesyuaratnya secara berkala/bulanan bagi meneyalas serta membincangkan perancangan serta aktiviti Masjid. Berbagai aktivit masjid diadakan antara lain Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh, majlis Forum, Kurus Haji , Majlis Perayaan kebesaran seperti Mauludir Rasul, Jamuan Hari raya, israk dan Mikraj dll.Mesyuarat Agung Tahunan Masjid juga diadakan bagi membentangkan laporan aktiviti dan Akaun kewangan Masjid.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:
- Membuat forum perdana yang bertajuk: Adat,budaya dan warisan dari segi perspektif islam.
- Membuat aktiviti cara pengurusan jenazah untuk golongan belia.
- Melakukan majlis berbuka puasa setiap hari sabtu dan Ahad di bulan Ramhadan
- Membuat aktiviti gotong royong.
- Mengadakan kem motivasi
- Membuat kuliah Subuh pada setiap hari Jumaat Sabtu dan Ahad.
Perkara di atas adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Masjid Ar-Rahimah.
Pengubahsuaian Masjid AR-Rahimah.
Masjid ini telah dari masa ke semasa diubahsuai dimana pada tahun 90an tandas baru di bina bersebelahan dengan masjid. Pada asalnya tandas dan bilik wudhu’ berada di bahagain belakang masjid. Bahagin tersebut telah dijadikan bilik mesyarat dan pejabat. Begitu juga bilik dapur/masak dan bilik pengurusan mayat juga dibina bagi memberi kemudahan urusan jausan jenazah.
Pada tahun 2008 pihak masjid telah memasang penghawa dingin (air con) pada dewan solat yang mula digunakan pada bulan ramadhan tahun tersebut.
Seterusnya tambahan ruang solat juga dibuat dalam tahun 2009 sebagai tambahan di bahagain belakang ruang masuk ke masjid. Dengan tambahan ruang solat yang baru ini memberi kelapangan kepada lebih ramai lagi jemaah bersolat khususnya pada hari jumaat dan solat Sunat Hari Raya Puasa dan Qurban.
Surau-surau di bawah kelolaan Masjid ini adaah seperti berikut:
1. Surau Darul Falah, Taman Berjaya
2. Surau Ar-Rasyidin, Taman Gombak
3. Surau Al-Husna, Taman Selaseh Fasa 1
4. Surau Darul Muhajirin, Taman Selasseh Fasa 2
5. Surau Al-Ihsan, Desa Minang
6. Surau Al-Ikhwan, Taman Samudera
7. Surau Al-Ehsan, Flat Samudera
Masalah yang dihadapi dan cara Masjid Ar-Rahimah mengatasinya.
Sementara itu pihak masjid sentiasa merancangkan bagi membaiki serta menambahkan lagi kemudahan fizikal masjid ini dari masa ke semasa khususnya menyelenggara mana-mana bahagian masjid yang kurang selesa dan mengalami kerosakan. Oleh itu Tabung Khas bagi pembangunan masjid ini disediakan bagi mendapat sumbangan dari ahli qariah dan sesiapa juga yang ingin menderma bagi tujuan pembangunan masjid ini. Di samping itu cadangan serta sumbangan buah fikiran dari pihak yang boleh menyumbang ke arah kebaikan masjid ini sentiasa dialu-alukan. Selain itu, masalah yang sering di hadapi oleh Masjid Ar-Rahimah ialah kekurangan kehadiran golongan belia untuk datang ke Masjid. Justeru itu, pihak masjid membuat aktiviti yang dapat membuat golongan para belia untuk minat datang ke masjid seperti contoh mengadakan hari sukan yang dianjurkan oleh pihak masjid. Secara tidak langsung para belia boleh bersukan serta menunaikan solat di Masjid Ar-Rahimah. Selain itu juga, Masjid Ar-rahimah sering membuat kem motivasi untuk memantapkan jati diri golongan belia pada masa kini, dengan adanya aktiviti seperti ini, golongan belia akan lebih kerap untuk mengimarahkan masjid.
Aktiviti Gotong-Royong yang dijalankan oleh Masjid Ar-Rahimah.
Pada tanggal 2/7/2011 Masjid Ar-Rahimah telah menjalankan aktiviti Gotong Royong Tahunan. Aktiviti ini dilakukan bukan sahaja untuk membersihkan kawasan sekitar Masjid AR-Rahimah tetapi untu merapatkan hubungan silaturrahim sesamama penduduk di kawasan sekitar Masjid Ar-Rahimah. Seramai 216 orang peserta telah mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong ini. Antara peserta-peserta yang yang terlibat ialah Ajk masjid, pemuda masjid dan penduduk-penduduk yang berhampiran. Kta sebagai umat Islam bukan sahaja wajib menjaga kebersihan tempat ibadat kita malahan kita wajib menjaga kebersihan di dalam kehidupan seharian kita seperti hadith dibawah:
aisyah r.a, Rosululloh SAW bersabda : Islam itu agama yang bersih, maka hendaknya kamu menjadi orang yang bersih, sesungguhnya tidak akan masuk surga kecuali orang-orang yang bersih (H.R.Tobroni)
Gambar-gambar aktiviti gotong royong yang dijalankan:
Khidmat masyarakat yang dijalankan oleh Masjid Ar-Rahimah.
Selain menjadi tempat penduduk sekitar beribadat, Masjid Ar-Rahimah tidak terlepas dari malakukan khidmat-khidmat masyarakat kepada penduduk-penduduk sekitarnya. Seperti memberi bantuan kepada golongan fakir miskin melalui sumbangan-sumbangan daripada penderma penderma. Memberi makanan-makanan secara percuma apabila tiba waktu berbuka di dalam bulan Ramhadan. Memberikan Khusus Haji secara percuma kapada jemaah-jemaah Haji yang akan menunaikan Haji dan memberikan bantuan kewangan kepada golongan miskin yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kita sebagai umat islam yang diberkati Allah s.w.t ini wajib membantu sesama saudara kita. Kerana kita perlu ingat rezeki itu datang dari Allah s.w.t dan jika mempunyai rezeki yang lebih kita wajib memberikan kepada yang memerlukan. Seperti Hadith berikut:
Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya.
Penutup.
Ringkasan dan Kesimpulan.
Sebagai Masjid yang utama di sekitar Taman greewood, Masjid Ar-Rahimah telah berjaya menjalankan tugasnya. Masjid ini bukan sahaja menjadi tempat umat islam beribadah menuju ke hari kiamat kelak bahkan menjadi tempat untuk melakukan aktiviti duniawi yang dibenarkan di dalam agama islam. Selain itu Masjid Ar-rahimah juga tidak terlepas dalam pembabitan aktiviti politik. Ramai akan memandang serong jika berlakunya aktiviti berpolitik di dalam masjid ini, tetapi ingin saya menegaskan disini bahawa tidak salah untuk berpolitik tetapi pastikan berpolitik cara yang dibenarkan oleh Islam. Seterusnya, kita sebagai umat islam seharusnya sentiasa mengimarahkan masjid kerana pahalanya adalah lebih banyak. Kepada orang lelaki seharusnya mereka bersembahyang di masjid kerana pahala mereka adlah di masjid. Kepada ahli keluarga pula, mereka seharusnya mendidik anak anak mereka untuk sentiasa pergi kemasjid supaya masjid tidak penuh pada waktu Solat Jumaat, Solat Tarawih dan Solat sunat Aidifitri sahaja.
Rujukan.
Wikipidia.com\masjid
www.masjidarrahimah.com
http://hadis.feryco.com
www.google.com/masjid
facebook/masjid Ar-rahimah